PENGKHABARAN
RASUL TENTANG AL-FITAN
حدثنا أبو اليمان أخبرنا شعيب عن الزهري (ح) . وحدثنا إسماعيل
حدثني أخي عن سليمان عن محمد بن أبي عتيق عن ابن شهاب عن هند بنت الحارث الفراسية
أن أم سلمة زوج النبي صلى الله عليه وسلم قالت: استيقظ رسول الله صلى الله
عليه وسلم ليلة فزعا يقول ( سبحان الله ماذا أنزل الله من الخزائن وماذا أنزل من
القتن من يوقظ صواحب الحجرات – يريد أزواجه لكي يصلين- رب كاسية في الدنيا
عارية في الأخرة ).
Maksudnya:
Daripada Ibn Syihab daripada Hindun binti al-Harith bin
al-Firasiyyah, sesungguhnya Ummu Salamah isteri Nabi s.a.w berkata: Rasulullah
telah bangun pada waktu malam dengan mengejut dan bersabda: Apa yang Allah
turunkan daripada harta-harta dan apa yang Allah turunkan daripada fitnah?
Siapakah yang boleh menolong untuk mengejutkan puan-puan ( Isteri-isteri )
empunya bilik supaya mereka solat. Boleh jadi orang yang memakai pakaian di
dunia tidak akan berpakaian di akhirat.
(BUKHARI. KITAB ILMU. BAB ILMU DAN NASIHAT DI MALAM HARI. NO
HADITH 6658)
KETERANGAN HADITH :
Maksud Imam Bukhari tentang bab mengajarkan ilmu di malam hari
adalah menjelaskan bahawa larangan bercengkerama setelah isyak’ adalah khusus
dalam masalah yang tidak ada unsur kebaikannya. سبحان
الله ماذا. Kata istifham
(pertanyaan) dalam kalimah ini menggambarkan rasa takjub dan pengagungan. أنزل
(Diturunkan). Maksudnya, bahawa para malaikat telah turun untuk memberitahukan
tentang perkara-perkara yang telah ditetapkan, atau Nabi S.a.w bermimpi telah
diturunkan wahyu kepada baginda mengenai bencana dan fitnah yang akan terjadi
setelah meninggalnya.صواحبات الحجر. Maksudnya, rumah-rumah para isteri Nabi
s.a.w . Dikhususkannya mereka untuk dibangunkan, adalah kerana pada saat itu
mereka hadir atau juga hal ini termasuk “Mulailah dari diri anda sendiri
kemudian baru keluarga anda”.
PENGAJARAN HADITH :
1). Hendaknya seorang suami membangunkan isterinya di malam hari
untuk menunaikan ibadah terlebih lagi tatkala terjadi/muncul tanda-tanda
kebesaran Allah.
2). Anjuran untuk bersegera melakukan solat tatkala merasa takut
datangnya keburukan, demikian pula kebiasaan Nabi s.a.w kalau sedang merasa
tertekan akibat suatu perkara maka beliau segera menunaikan solat.
3). Boleh mengucapkan tasbih (subhanallah) ketika menyaksikan
sesuatu yang mengerikan (maksudnya turunnya fitnah).
Ibnu
Hajar al-Asqalani. 2009. Fathul Baari Penjelasan Kitab Sahih al-Bukhari.
Penterjemah: Gazirah Abdi Ummah. Cet. 9. Jil. 1. Jakarta: Pustaka Azzam. Hlm
402-403.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan